Disebalik kegemilangan mereka sebagai jurnalis,pemuzik dan peniagaan terungul,siapa sangka rupa-rupanya terselit suatu kisah yang jarang disedari umum ,yakni segelintir mereka sanggup membuat perjanjian dengan syaitan semata-mata untuk berjaya dan menjadi terkenal.Berikut beberapa tokoh yang terkenal di luar sana yang dipercayai telahpun dituduh telah mengadakan perjanjian dengan syaitan untuk mencari kemasyuran.
1. Niccolo Paganini
Niccolo Paganini adalah seorang pemuzik di akhir 1700-an. Dia mulai menggunakan mandolin pada usia muda dan saat berusia tujuh tahun, beliau menguasai biola. Pada usia sebelas tahun, beliau telah melakukan solo dan pada usia tiga belas tahun, ia dikenal sebagai pemain biola yang mahir. Pada usia sembilan belas, beliau sudah boleh mereka muzik sendiri dan belajar cara bermain gitar pada usia 23 tahun.
Pada usia 27 tahun saat beliau sudah menjadi seorang komposer, suatu waktu ketika beliau sedang mengadakan konsert dalam sebuah jelajahnya, penonton dikejutkan dengan cara beliau berpakaian, Dia telah kehilangan gigi bawah, tampak pucat dan mulai berpakaian hitam. Maka dengan itu timbul desas-desus bahwa dia telah menjual jiwanya kepada syaitan. Meskipun beliau tidak berniat memulai gosip tersebut tersebut, namun yang anehnya beliau langsung tidak melakukan apa pun untuk mencegah desas-desus dari menyebar yang akhirnya mendorong masyarakat umum untuk mempercayai khabar angin ini suatu yang benar.Suatu saat ketika beliau ditanya tentang hal itu, ia berkata ” how else would it be possible for him to play the way he does?”
27 Mei 1840, Paganini meninggal akibat pendarahan dalaman, setelah itu seorang paderi dipanggil namun kerana sudah dituduh dan dipercayai telah melakukan perjanjian dengan syaitan, jenazahnya ditolak dari dikuburkan di pemakaman Katolik di Genoa. Sepanjang waktu empat tahun jenazah beliau tidak dikuburkan dan akhirnya ianya selamat dikuburkan pada tahun 1876, di sebuah pemakaman di Parma .Setelah itu pada tahun 1893, pemain biola Ceko, Franz Ondricek, memohon agar cucu Paganini, Attila menggali sekali lagi tubuh Paganini untuk dimakamkan di pemakaman baru di Parma, pada tahun 1896.
2. Robert Johnson
Robert Johnson adalah pemuzik blues yang terkenal yang telah menjalani hidupnya dengan singkat. Dia meninggal di usia 27 dan tidak banyak yang diketahui tentang hidupnya. Muziknya banyak dipengaruhi oleh muzik dari era 50 dan 60 – an. Dia adalah salah seorang pemuzik yang pertama tercatat di dalam Rock-N-Roll Hall of Fame.
Beliau tinggal di perkebunan namun tidak menghalangnya untuk menggarap harapan untuk menjadi pemuzik yang terkenal suatu hari nanti.Pada suatu hari seseorang meminta beliau untuk membawa gitar ke Crossroads pada tengah malam berhampiran Perkebunan Dockery . Ketika beliau tiba, syaitan telah menunggu dan merampas gitarnya. Syaitan seterusnya mengkonfigurasi gitar dan memainkan beberapa lagu di atasnya kemudian menyerahkannya kembali kepada Robert, setelah itu perjanjian diantara keduanyapun termeterai yang membolehkan beliau memiliki kebolehan luar biasa untuk bernyanyi, bermain dan menciptakan muzik blues.
Johnson meninggal pada 16 Agustus 1938, pada usia 27, dekat Greenwood, Mississipi.Disebalik kematian beliau, ada khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah diracuni oleh isterinya sendiri.
3. Johann Georg Faust
Johann Georg Faust adalah seorang ahli kimia terkenal Jerman. Pada 1507, beliau telah mengaku bahawa beliau adalah seorang kaki penipu dan seorang budak gelandangan. Dia dikhabarkan telah dianiaya oleh beberapa orang lelaki di Kreuznach. Pada tahun 1509,beliau kemudiannya memperoleh penghormatan dari Universiti Krakow, dan beliau juga telah belajar silap mata dan berteman dengan Martin Luther dan Philip Melachton. Kedua orang itu mengaku telah menyaksikan sendiri Johann sedang membuat perjanjian dengan syaitan.
Pada saat beliau menjadi pensyarah di Universiti Ehrfut, pernah sekali beliau berceramah tentang Homer dan menyanjung seorang penyihir sebagai pahlawan kepada para siswanya.Gara-gara kenyataan kontroversi tersebut, beliau telah diminta untuk meletakkan jawatan dan bertaubat. Saat itulah beliau dengan lantang mengaku memiliki perjanjian dengan syaitan. Dia menyatakan kepada Dr Klinge, seorang biarawan Fransiskan, bahwa beliau lebih mempercayai syaitan daripada Tuhannya.
4. Urbain Grandier
Urbain Grandier adalah seorang pastor Katholik Perancis. Dia dihukum bakar di cerucuk karena telah didakwa mengamalkan ilmu hitam. Dia juga terkenal kerana tabiatnya yang sering melanggar sumpah dan berkelakuan hidung belang. Pada 1603, beberapa biarawati menuduhnya menyihir mereka dan mengirimkan syaitan untuk melakukan tindakan tidak senonoh dengan mereka.
Menurut legenda, beliau telah melakukan perjanjian dengan menyatakan kesetiaannya kepada syaitan dan membuat penolakan terhadap agama kristian.Hasil daripada perjanjian tersebut,Grandier dikatakan telah dianugerahkan ilmu pengasih wanita, kekayaan, dan kehormatan duniawi. Perjanjian ini ditulis terbalik dalam bahasa Latin dan masih tersimpan untuk dilihat di Bibliotheque Nationale, Perancis.
5. David Copperfield
Copperfield mulai bermain silap mata sejak berusia 12 tahun, dan menjadi ahli silap mata termuda yang diterima sebagai anggota Society of American Magicians. Sewaktu saat beliau berusia 16 tahun, beliau mendapat tawaran daripada Universiti New York untuk melakukan kursus ilmu silap mata kepada para siswa . Nama "David Copperfield" diambilnya dari tokoh fiksen bernama David Copperfield yang muncul dalam novel berjudul sama, David Copperfield karya Charles Dickens. Pada usia 19 tahun, Copperfield sudahpun terlibat mengadakan pertunjukan besar di Hotel Pagoda, Honolulu, Hawaii.
Sebahagian besar penampilan Copperfield adalah hanya didalam penganjuran pertunjukan istimewa dan sebagai seringkali menjadi bintang tamu kehormat dalam kebanyakan rancangan televisyen. Di layar lebar, Copperfield telah memegang watak sebagai Ken si Ahli silap mata di dalam film horor Terror Train terbitan tahun 1980. Selain itu, Copperfield pernah tampil memegang salah satu watak dalam filem Prêt-à-Porter (1984), namun namanya tidak dicantumkan dalam senarai nama pelakon terlibat.Dan apa yang penting,umum mengetahui bahawa kebanyakan silap mata yang beliau jelmakan adalah merupakan hasil daripada bantuan syaitan disisinya,sekali gus menunjukkan bukti adanya perjanjian antara beliau dengan syaitan.
sumber: forum vivanews.com





No comments:
Post a Comment