1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan
merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan
meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa
kemahuan yang kuat (craving).
2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya.
3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang
yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru
kenal.\
4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas
kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan
komitmen.
5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan
hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon
orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang
dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila
6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis
buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan
berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang
membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah
kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang
dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)
7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple
dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan
pasangan hidup sejati.
8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan
kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen
mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
No comments:
Post a Comment