DeWet Du Toit Kini Bergelar Tarzan.
DIA
pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah
koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.
Jejaka
berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar
dalam bercorak kulit harimau bintang untuk mengayun dari pokok ke pokok
seperti wira rimba yang dipujanya.
Taksub dengan wira rimba itu, DeWet menghabiskan masa berhari-hari untuk mengayun di hutan Afrika.
| MAHIR... memburu dengan pisau, antara latihan yang dilakukan selama tiga hari seminggu di dalam hutan. |
| LEGENDA... pelakon filem asal Tarzan, Johnny Weissmuller. |
| JINAK... DeWet mengusap cheetah ketika menjadi Tarzan |
Dan seperti karakter cerekaan
itu, jejaka berusia 24 tahun itu menggunakan jalaran dan dahan pokok
untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan sambil
melaung seperti Tarzan.
DeWet yang masih bujang berharap dapat mencari seorang ‘Jane’ yang sempurna untuk menemaninya menjalani kehidupan di rimba.
Jejaka
bina badan yang menganggur itu mula tertarik dengan wira cerekaan
rimba itu yang tinggal dengan monyet bernama Cheetah dalam filem asal
ketika dia tinggal di Namibia dan bapanya pula ialah pengumpul komik
dan buku Tarzan.DeWet kini menghabiskan masanya membina badan dan
meningkatkan deria untuk menyesuaikan diri dengan hidupan liar.
Dan
dia menghabiskan tiga hari seminggu untuk mengayun dari pokok ke
pokok, berenang merentasi sungai dan berlari mendaki gunung dekat
dengan rumahnya di George, Afrika Selatan. Dia tinggal bersama-sama ibu
bapanya, Ludolf dan Ida, masing-masing berusia 53 tahun dan kembarnya,
Rudolph.
Latihan yang dijalaninya termasuk mengelak ular.
Anak petani itu berkata: “Saya mempunyai banyak persamaan dengan Tarzan. Rakan baik saya ialah seekor gajah bernama Shaka. Saya menghabiskan lebih banyak masa dengan monyet, kuda belang dan buaya berbanding manusia.
“Orang ramai mungkin
berkata saya gila, tetapi saya tahu saya dilahirkan untuk melakukan
ini.” Dia menjelaskan: “Saya membuat pelantar di atas pokok untuk
menjauhkan diri daripada menjadi mangsa harimau bintang dan ular di
bawah. Memang saya kadangkala terasa begitu keseorangan. Saya berharap
dapat menemui Jane untuk membantu saya menempuh masa di rimba.” DeWet
mengaku dia bukan yang suka berparti.
“Saya
sudah pasti tidak akan mabuk. Saya lebih suka makan buah-buahan,
termasuk yang tumbuh liar yang saya temui di hutan. Saya juga tahu
serangga yang boleh dimakan. Saya akan memilih gadis istimewa untuk
menyertai saya dalam hutan.” Apabila tidak menjalani kegiatan dalam
hutan, DeWet membantu bapanya, Ludolf, membina pagar di ladang mereka.
Pada
2006, DeWet dan kembarnya ke United Kingdom dan dia bekerja sebagai
pengawal keselamatan di sana setelah menjadi pemandu penghantar
barangan selama setahun.
DeWet Ingin Berlakon Filem Tarzan.
Namun, buat masa ini, DeWet memasang impian untuk menjadi bintang dalam filem Tarzan akan datang.
Katanya:
“Saya mula berlatih pada 2007 dan sejak itu banyak kemajuan yang saya
capai. Baru-baru ini, saya berhubung dengan beberapa pihak dari Amerika
Syarikat mengenai penyertaan saya dalam satu konvensyen Tarzan.
“Semua
orang di sini bercakap mengenainya. Mereka teruja kerana sebelum ini
mereka menyangka saya tidak akan berjaya melakukannya,” kata DeWet.
Source : hmetro.com.my : Tarzan asli

No comments:
Post a Comment